orang yang tidak mempunyai aktiviti dalam hidup..
adalah orang yang umpama kekosongan..
keadaaan ini adalah yang paling merbahaya bagi fikiran..
ini dapat diibaratkan seperti..
kereta laju yang pecut laju diselekoh tanpa pemandu..
apabila kita mendapati kekosongan aktiviti dalam hidup…
maka..
haruslah kita bersedia untuk mendapat…
keresahan..
kegelisahan..
dan juga..
ketakutan..
ini adalah kerana..
kekosongan itu mampu menarik semua kisah masa lalu kita..
masa sekarang…
dan juga yang akan datang..
dalam roda kehidupan..
sehinggakan..
menjadikan kita berada di dalam keadaan serba tak kena..
kita terasa kehidupan kita kacau bilau..
maka..
seharusnya kita mengisi kekosongan kita itu…
dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat…
untuk menggantikan sikap santai yang mana boleh membunuh itu…
kerana sikap itu adalah umpama…
pembunuh dalam senyap dengan “ubat” penenang…
kebiasaan bersantai adalah sebuah kelalaian dan kekosongan…
yang bagaikan seperti pencuri yang terlatih..
akal akan menjadi mangsa perang yang sama sekali tiada faedahnya..
dengan itu…
kita harus bangkit daripada kekosongan..
bangkitlah sekarang!!!
kerjakanlah solat..
ataupun..
bacalah al-Quran..
ataupun bertasbih..
ataupun belajar…
menulis..
atau mengemas rumah…
atau sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain…
sehigga kita mampu memusnahkan kekosongan itu..
sembelihlah kekosongan dengan pisau aktiviti….
lihatlah kehidupan sekeliling…
lihat para petani..
pembuat roti..
dan juga buruh bangunan..
mereka mendendangkan lagu merdu…
ibarat burung murai dengan bahagia dan senang hati…
sedangkan kita yang kekosongan dengan aktiviti..
berada di atas katil..
memikirkan sesuatu…
yang hanya membuatkan kehidupan terasa serba tak kena…
dan dengan tak semenanya…
mengusap air mata..
dan terasa gelisah…
seolah-olah disengat haiwan berbisa..











Tiada ulasan:
Catat Ulasan