~WeLc♥mE t♥ my pAgE~

YA ALLAH!! Lembutkan kehidupan ini bagi kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah disisiMu...

YA ALLAH!! Mudahkanlah bagi kami segala urusan, tenangkan hati kami dan tubuh badan kami, berikan keselamatan dan kesihatan, pada agama kami dan dunia kami..


YA ALLAH!! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapanMU...

♥♥♥ ...it's simple only..nothing special 'bout my page..just for fun n mybe waste my time..hehehehe...♥♥♥
♥♥♥ ...kepada yang sudi singgah dan follow tue.. thankz ya... sila tinggal jejak anda.. nanti saya jejak semula.. insyaALLAH....♥♥♥

♥♥♥ Tabung Masa Depan.. Tolong Klik Semua Ye? ♥♥♥

Mood nak meng'update' blog mencuak-cuak.. Tapi kan..... Masa sentiasa mencemburui.. Macammana? Sadisssss....
21 Nov 2013

Selasa, 21 Disember 2010

HARI ESOK...


hari esok ataupun juga boleh dikatakan sebagai masa depan..
kerana ianya adalah sesuatu yang belum pasti…
dimana..
adakah kita masih mempunyai kesempatan…
untuk bersua dengan hari esok???
maka…
kita hendaklah biarkan hari esok itu menghampiri kita..
sepertimana yang dikehendakiNYA…

“Telah pasti datangnya ketetapan ALLAH,
maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya.”
(An-Nahl:1)


apa yang tersirat disebaliknya ialah;
kita tidak seharusnya mendahului peristiwa yang belum terjadi..
contohnya;
adakah kita ingin menggugurkan kandungan sebelum tiba waktu melahirkannya???
adakah kita ingin memetik buah sebelum tiba masanya untuk dipetik???
maka kita luangkan seketika dan berfikir…
ianya juga sama dengan hari esok..
dimana..
hari esok itu tidak memiliki realiti..
hari esok belum pasti wujudnya..
dan..
hari esok juga tidak dapat dirasai serta tidak berwarna..
jadi…
mengapa agaknya kita perlu menyibukkan diri dengan hari esok???
kita memeikirkan sesuatu yang belum pasti…
 samada..
kita diberi kesempatan untuk menghadapi hari esoknya..
kita merasa takut dengan bencana masa akan datang…
kenapa kita perlu mengamati peristiwanya??
dan juga..
memperhatikan apa yang bakal berlaku???
kita masih tidak tahu…
 samada kita masih diberi kesempatan untuk menjumpai hari esok..
 ataupun tidak…
kenapakah kita perlu takut hari esok??
padahal..
 mungkin hari esok adalah kegembiraan dan kesenangan bagi kita..
jadi..
apa yang kita boleh tanamkan adalah…
hari esok masih ada..
maka..
janganlah kita menyeberangi jambatan..
yang sebelumnya kita belum pernah mendatanginya..
ini kerana..
tiada siapa yang tahu kan…
barangkali..
kita mungkin akan berhenti sebelum sampai di jambatan tersebut..
ataupun..
jambatan tersebut mungkin telah runtuh sebelum sempat pun kita sampai..
dan mungkin juga..
kita telah sampai di jambatan itu..
dan telah selamat menyeberanginya..
banyak angan-angan itu..
dan terlampau memikirkan masa depan..
adalah sesuatu yang kurang elok untuk akal..
dan ini juga di anggap kita bergelut dngan bayang-bayang kita sendiri..
umpama kisah yang mungkin pernah kita ketahui..
iaitu;
anjing dan bayang-bayangnya..
dan akhirnya…
kesudahannnya…
apa yang terjadikan..
diri sendiri yang rugi..
ramai di alam dunia ini yang memikirkan sesuatu pada masa akan datang..
andai apa yang difikirkan itu positif..
kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya..
ataupun menjadikannya sebagai realiti..
namun..
itu andai kita masih diberi kesempatan untuk menjumpai hari esoknya..
andai kata apa yang difikirkan untuk masa akan datang..
adalah negatif..
sedarlah..
itu semua adalah catatan syaitan..
yang mana telah bersumpah akan merosakkan umat ADAM..

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan
dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir),
sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia.
Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah:268)


mereka ramai yang menangis..
kerana esok…
mereka akan kelaparan..
mereka akan sakit setahun kemudian..
dan alam ini akan musnah setelah seratus tahun kemudian…
sesunnguhnya umur seseorang yang dipegang oleh orang lain…
tidak seharusnya menggadaikan hidupnya pada sesuatu yang belum pasti..
orang yang tidak tahu..
bilakah dia akan mati..
tidak boleh menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang tidak pasti..
biarkanlah hari esok itu mendatangi kita..
maka…
janganlah kita bertanyakan mengenai khabar hari esok..
dan jangan pula kita menunggu hasilnya..
kerana hari ini kita sedang sibuk..
jika kita berasa hairan..
maka..
silalah kita berasa hairan..
dan perkara itu adalah sesuatu yang biasa..
mereka telah membeli kesedihan…
untuk kemudian membayarnya..
pada hari dimana..
matahari belum lagi bersinar..
dan cahaya belum pun terang..
maka..
haruslah kita sentiasa berwaspada..
dengan angan-angan yang berlebihan…
WALLAHUALAM…



Tiada ulasan: