~WeLc♥mE t♥ my pAgE~
YA ALLAH!! Lembutkan kehidupan ini bagi kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah disisiMu...
YA ALLAH!! Mudahkanlah bagi kami segala urusan, tenangkan hati kami dan tubuh badan kami, berikan keselamatan dan kesihatan, pada agama kami dan dunia kami..
YA ALLAH!! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapanMU...
♥♥♥ ...it's simple only..nothing special 'bout my page..just for fun n mybe waste my time..hehehehe...♥♥♥
♥♥♥ ...kepada yang sudi singgah dan follow tue.. thankz ya... sila tinggal jejak anda.. nanti saya jejak semula.. insyaALLAH....♥♥♥
Asam Garam Kehidupan Pelajar Sarjana Penyelidikan
entry yang lalu aku menceritakan betapa sedihnya aku apabila SV mengutarakan cadangan untuk tambah lagi satu semester gara-gara beliau takut tidak sempat untuk menyemak tesis aku. Secara normalnya tempoh pengajian bagi seorang pelajar sarjana penyelidikan adalah dua tahun. Dan paling maximum adalah 3 tahun. Sekarang aku dah berada pada semester ke 4. Penghujung ogos ini genaplah aku 2 tahun menghabiskan masa di dalam penyelidikan. Tempoh pengajian bagi seorang pelajar sarjana penyelidikan tidak sama sepertimana sistem pengajian sarjana muda (degree), dimana ada cuti semester pendek dan cuti semester panjang. Istilah cuti bagi pelajar sarjana penyelidikan adalah ketika cuti umum saja. Cuti yang lainnya adalah berdasarkan kebenaran daripada SV. Terpulang pada SV masing-masing. Kalau SV yang jenis tidak kisah pelajarnya tidak hadir ke makmal (work station) setiap hari. Maka, lebih mudahlah untuk cuti sesuka hati. Asalkan kerja berjalan lancar dan penyelidikan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Mungkin apa yang aku alami tidak sama dengan apa yang orang lain alami. Kerana ianya mengikut pengalaman masing-masing. Jom ikuti pengalaman aku sebagai seorang pelajar sarjana penyelidikan. Harap ianya serba sedikit dapat memberikan gambaran kepada korang bagaimana kehidupan sebagai seorang pelajar sarjana penyelidikan. sesuatu kejayaan itu bukan mudah untuk dikecapi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAHUN PERTAMA
setelah tamat jer pengajian sebagai seorang pelajar sarjana muda. aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana. pada masa itu, aku rasa itulah yang terbaik memandangkan aku rasa masih kurang bersedia untuk berkerja. (p/s: even sekarang pun tak bersedia nak berkerja. nak kerja apa pun tak tahulah lepas nie. harapnya ALLAH S.W.T sentiasa mempermudahkan urusan aku di dunia dan akhirat dan sentiasa menunjukkan jalan yang terbaik untuk aku ikuti. InsyaALLAH!!!)
pada permulaannya, menjadi seorang pelajar sarjana penyelidikan adalah sesuatu yang agak menyeronokkan. kenapa aku kata menyeronokkan? sebab pada awalnya cuma perlu mencari bahan bacaan seperti buku, jurnal, article dll untuk dibaca, difahamkan dan di buat rumusan. pada masa ini, boleh dikatakan sebagai fasa mengumpul maklumat. takde apa-apa due date penting yang perlu dirisaukan.
apabila masuk semester kedua ataupun setelah enam bulan. ketika ini diri dan mental perlu dipersiapkan untuk pembentangan proposal. siapa yang tak takut kan nak present dan dinilai samada apa yang kita lakukan dan akan dilakukan boleh diterima pakai ataupun tidak.
semasa pembentangan proposal akan ada SV dan dua orang panel. setelah selesai kita membentangkan proposal kita, semestinya soalan akan diajukan. kadangkala soalan yang ditanya adalah berkaitan minority topic dalam proposal kita. so secara keseluruhannya kita kena betul-betul tahu walaupun ianya sesuatu perkara sampingan untuk penyelidikan kita.
setelah kita memperolehi preliminary result, semestinya kita perlu menulis paper conference untuk membuktikan bahawa apa yang kita lakukan boleh diterima dan dikongsi dengan orang lain. penulisan paper samada jurnal mahupun conference adalah antara perkara penting bagi seorang pelajar sarjana penyelidikan. asal ada result jer, mesti kena hasilkan paper. mmmm.. menulis bukan sesuatu yang mudah. itu semestinya.
TAHUN KEDUA
apabila masuk ke tahun kedua, kita akan mula sibuk dengan measurement stage. ini untuk membuktikan apa yang kita perolehi semasa preliminary results (simulation stage) boleh diterima pakai ataupun dibuktikan dengan measurement. ini part yang agak mencabar minda dan juga kesabaran. ini kerana, kadangkala apa yang kita perolehi adalah jauh sama sekali kesamaannya dengan simulation. apabila itu terjadi, memang akan memeningkan kepala macam mana nak buatkan result measurement boleh menghampiri ataupun menepati dengan simulation. pada masa ini dikatakan masa untuk analisis. data daripada measurement yang banyak perlu dianalisis satu persatu. huh!!! kesabaran sangatlah penting.
dalam masa yang sama, kita sudah mula perlu fikir untuk menulis tesis. kalau tidak, alamatnya genap dua tahun kita masih belum mampu untuk menyiapkan tesis. menyiapkan tesis itu satu hal. kang kalau dapat SV yang memerlukan masa yang agak lama untuk semak tesis sebelum hantar (macam aku punya SV), itu dah satu hal lain pulak. (p/s: aku hantar tesis pertengahan bulan enam dan due date untuk submit tesis 23 Ogos. SV aku cakap dia takut tak sempat semak. Kalau korang jadi aku, korang rasa apa? )
Dalam masa yang sama, semestinya kita perlu menghasilkan jurnal. writing. writing. and writing. huh!! bukan benda yang mudah bukan? so kesimpulannya, apabila di tahun kedua pengajian, kita akan sibuk dengan measurement, analisis data, dan jugak writing. semua perkara perlu untuk di buktikan kesahihannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
inilah secara kasarnya bagaimana kehidupan sebagai seorang pelajar sarjana penyelidikan. yang pastinya air mata pasti akan menjadi peneman di saat hasil kerja yang diperolehi dipertikaikan, dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. nak tahu pahit manisnya, jadilah seorang pelajar sarjana penyelidikan.
owhh ye... itu belum lagi bagaimana nak submit tesis, tunggu tarikh viva, dan correction selepas viva. banyak procedure nya. yang pasti ianya tidak semudah pelajar sarjana muda. mesti ada yang akan cakap, dah nama pun ambik master, memangkan tak semudah ambik degree. mmmm.. kita boleh bercakap semudahnya sebab kita tak melaluinya. nak tahu kebenarannya, cuba lalui. baru kita akan tahu samada kita mampu untuk hadapinya ataupun tidak.
doakan aku berjaya menghabiskan pengajian aku ini secepat mungkin dan sebaiknya. InsyaALLAH!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan