~WeLc♥mE t♥ my pAgE~

YA ALLAH!! Lembutkan kehidupan ini bagi kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah disisiMu...

YA ALLAH!! Mudahkanlah bagi kami segala urusan, tenangkan hati kami dan tubuh badan kami, berikan keselamatan dan kesihatan, pada agama kami dan dunia kami..


YA ALLAH!! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapanMU...

♥♥♥ ...it's simple only..nothing special 'bout my page..just for fun n mybe waste my time..hehehehe...♥♥♥
♥♥♥ ...kepada yang sudi singgah dan follow tue.. thankz ya... sila tinggal jejak anda.. nanti saya jejak semula.. insyaALLAH....♥♥♥

♥♥♥ Tabung Masa Depan.. Tolong Klik Semua Ye? ♥♥♥

Mood nak meng'update' blog mencuak-cuak.. Tapi kan..... Masa sentiasa mencemburui.. Macammana? Sadisssss....
21 Nov 2013

Rabu, 10 Julai 2013

Adakah JULAI 2013 hanya memberikan berita yang menyedihkan?

Dah lama tak update blog nie. Kalau nak katakan bersawang tue.. Lebih daripada tue kot. Di saat diri mengecapi bahagia. Mood takde nak update blog. Maybe sebab saat gembira telah dikongsi dengan insan-insan sekeliling. Tapi apabila diri dilanda kesedihan. Mood nak update blog muncul dengan sendirinya tanpa perlu diundang. Bak kata orang, "kadangkala kesedihan itu tak mampu diluahkan dengan kata-kata". Oleh sebab itulah, penulisan di blog menjadi pilihan untuk menceritakan kesedihan yang dihadapi. Mungkin kesedihan yang dihadapi tidak sehebat kesedihan insan lain yang menghadapinya. Kerana di saat kita sedih. Pasti ada insan yang lebih sedih daripada kita. 

Namun, walau sebesar zarah sekalipun kesedihan yang dihadapi. Ianya pasti memberikan kesan. Untuk mengubat hati yang sedih. Dan membuang rasa sedih itu. Aku pilih untuk coretkan ianya di sini. Andai ada yang membaca. Doakan kesedihan yang aku alami akan berubah kepada kegembiraan. Mungkin apa yang terjadi adalah kesan daripada kelalaian aku jugak. Sebagai manusia biasa, aku tak mampu nak melarikan diri daripada melakukan kesalahan. Mungkin ada salah dan silap yang telah aku lakukan tanpa aku menyedarinya.

Seperti yang sedia maklum, perjalanan aku sebagai seorang pelajar sarjana (master) hampir menemui jalan penamatnya. Hampir genap 2 tahun aku menghabiskan masa untuk melengkapkan pengajian aku. Penghujung bulan 8 2013 sepatutnya adalah penamat pengajian aku sebagai seorang pelajar sarjana. Walaupun aku belum viva, tapi apabila tesis dihantar. Itu boleh dikira sebagai satu penamat kecil. Ataupun dengan kata lain merdeka buat sementara. Liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar sarjana akan aku ceritakan pada entry yang lain.

Apa yang menyedihkan aku ialah apabila supervisor (SV) aku mengutarakan cadangan untuk aku daftarkan diri untuk semester depan. Dengan alasan, dia takut tak sempat nak semak tesis aku. Saat aku mendengar perkara itu, kesedihan telah menyelebungi segenap ruang hati aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan. Kelu lidah. Yang pasti aku rasa sedih sangat sebab aku dah cuba buat yang terbaik untuk habiskan pengajian aku. Aku hantar tesis kepada SV aku untuk di semak pada pertengahan bulan 6 2013. Dan due date last submission tesis 23 August 2013. Yang bermain di fikiran aku. Kenapa tak sempat nak semak? Bukan aku bagi dalam masa yang amat singkat untuk dia semak. Kenapa dia boleh terfikir untuk aku tambah sem? Dan bukannya dia cuba untuk semak dengan secepat mungkin? Lepas viva mesti akan ada correction jugak. Paling kurang 3 bulan untuk correction lepas viva. Waaaa... Aku sangat tak boleh terima dengan apa yang SV aku katakan. Sangat-sangat tak boleh terima ok!!!! Kenapa aku pulak yang perlu jadi mangsa di atas ketidaksempatan dia? Daftar sem baru, bermakna kena bayar yuran lagi. Elaun aku last sampai bulan 8 nie je kot. Aku nak cekau duit mana pulak nak bayar yuran. Nak travel lagilah nanti. Dengan ada baby lagi. Aduhh!!! Bukan suatu cadangan yang baik aku rasa. Lebih banyak menyusahkan daripada menyenangkan. ITU YANG PASTI!!!!

Owhhh.. Kesabaran yang amat tinggi amat-amat diperlukan. Kenapalah disaat-saat akhir nie banyak dugaannya.. Kalau daripada awal, kan senang untuk aku stopkan jer. Mmmmm.. Dan lagi satu yang menyedihkan aku ialah JOURNAL. Dahlah sedih di atas cadangan yang tak masuk akal SV aku tue. Sekali buka email ada news pasal journal yang aku submit bulan 5 hari tue. Dalam hari dah berdoa agar ianya sesuatu yang menggembirakan untuk mengubati kesedihan yang sedang dialami. Dan semestinya ianya satu lagi kesedihan yang harus aku terima di pagi hari. NOT MEET THE REQUIREMENT!!!  Arghhhhh!!!! Tensionnya aku rasa. Dahlah berapa kali correction sebelum nak submit. Tunggu berbulan-bulan tak accepted pulak. Tapi kalau SV aku tak memberi cadangan yang tak masuk akal tue. Aku rasa aku boleh jer terima dengan hati terbuka JOURNAL NOT ACCEPT tue. Tapi disebabkan diri telah dikuasai oleh kesedihan. Maka, aku macam rasa bertambah-tambah sedih. Dan terus terfikir kena prepare kan diri untuk tulis jurnal lagi. Mmmm...


Tiada ulasan: