~WeLc♥mE t♥ my pAgE~

YA ALLAH!! Lembutkan kehidupan ini bagi kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah disisiMu...

YA ALLAH!! Mudahkanlah bagi kami segala urusan, tenangkan hati kami dan tubuh badan kami, berikan keselamatan dan kesihatan, pada agama kami dan dunia kami..


YA ALLAH!! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapanMU...

♥♥♥ ...it's simple only..nothing special 'bout my page..just for fun n mybe waste my time..hehehehe...♥♥♥
♥♥♥ ...kepada yang sudi singgah dan follow tue.. thankz ya... sila tinggal jejak anda.. nanti saya jejak semula.. insyaALLAH....♥♥♥

♥♥♥ Tabung Masa Depan.. Tolong Klik Semua Ye? ♥♥♥

Mood nak meng'update' blog mencuak-cuak.. Tapi kan..... Masa sentiasa mencemburui.. Macammana? Sadisssss....
21 Nov 2013

Jumaat, 22 November 2013

Pencetus Ummah 2013

Alhamdulillah. Syukur. Adanya program/rancangan sebegini. Aku suka tengok dan mendengarnya. Alhamdulillah. Tersentuh hati. Buatkan terfikir sejenak dimana diri. Persiapan untuk menemui ILAHI. Yaaaa.. Bukan mudah untuk berubah. Tapi kita perlu berubah sedikit demi sedikit. Yang penting ISTIQAMAH. Nak ISTIQAMAH tue merupakan satu lagi cabaran yang besar. Yang perlu ditempuhi. 


Perubahan yang sedikit demi sedikit. InsyaALLAH mampu untuk memberi IMPAK yang besar KELAK. Namun, apa yang pentingnya disini kenalah banyakkan BERSABAR. Yeeee.. Dalam kita terfikir untuk berubah menjadi baik. SYAITAN LAKNATULLAH pun sedang memperkemaskan rancangannya agar apa yang kita fikir nak buat/berubah tidak berjaya. Sebagai contohnya:


NAK SOLAT SUNAT DHUHA.
Dah terfikir nak buat. ALHAMDULILLAH. Tapi dengan terfikir saja nak buat. Adakah itu memadai? Jawapannya semua sekali sudah pasti. Jelas nyata tanpa perlu nak bersuluh bagai. Mestilah TIDAK CUKUP. Kita perlu segera BUAT TINDAKAN. Apa tindakan yang perlu kita lakukan? SAAT TERFIKIR. Kita terus kena ambil wuduk dan laksanakan. Tapi pada masa yang sama SYAITAN LAKNATULLAH juga telah membuat TINDAKAN. Apa tindakan yang SYAITAN LAKNATULLAH lakukan? Ada jer kerja yang nak dibuat. Takpun ada jer akan terdetik. KEJAP LAGILAH. AWAL LAGI. Andai kita terpedaya dengan TINDAKAN yang dilakukan oleh SYAITAN LAKNATULLAH itu. Maka NIAT AKAN TINGGAL NIAT SEMATA-MATA. Kenapa aku katakan sebegitu? Sebab aku yakin dan pasti. Bila kita mula menggangguhkan sesuatu. Maka akan terus tertangguhlah hal itu. Makanya disini, saat terlintas nak buat. Tekad kan diri dan hati. Terus AMBIL WUDUK dan LAKSANAKANNYA. InsyaALLAH. Tak lama mana pun. Kalau nak bandingkan kita dok menghabiskan masa depan TV, LAPTOP dan sebagainya. 


Marilah kita sama-sama memperbaiki diri dari sehari ke hari. Moga kita pada masa kemuncaknya nanti (HARI KEBANGKITAN SEMULA DI PADANG MASYHAR) berada didalam naungan NABI MUHAMMAD S.A.W dan rahmat ALLAH S.W.T. InsyaALLAH.

Perbaiki diri. Pertingkatkan amal. Hiasi Peribadi.

InsyaALLAH.

Wallahuallam.

Tiada ulasan: