~WeLc♥mE t♥ my pAgE~

YA ALLAH!! Lembutkan kehidupan ini bagi kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah disisiMu...

YA ALLAH!! Mudahkanlah bagi kami segala urusan, tenangkan hati kami dan tubuh badan kami, berikan keselamatan dan kesihatan, pada agama kami dan dunia kami..


YA ALLAH!! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapanMU...

♥♥♥ ...it's simple only..nothing special 'bout my page..just for fun n mybe waste my time..hehehehe...♥♥♥
♥♥♥ ...kepada yang sudi singgah dan follow tue.. thankz ya... sila tinggal jejak anda.. nanti saya jejak semula.. insyaALLAH....♥♥♥

♥♥♥ Tabung Masa Depan.. Tolong Klik Semua Ye? ♥♥♥

Mood nak meng'update' blog mencuak-cuak.. Tapi kan..... Masa sentiasa mencemburui.. Macammana? Sadisssss....
21 Nov 2013

Rabu, 7 Mac 2012

Bersyukur dengan apa yang ada!!!




Aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada..
Alhamdullilah!!!
Kalau aku nak bandingkan dengan orang yang lebih daripada aku..
Itu maybe buatkan aku tak akan berasa bersyukur dengan apa yang aku ada..
Tapi kalau dibandingkan dengan orang yang kurang daripada aku..
Aku pastinya bersyukur dengan segala yang aku ada dan miliki sekarang...
Alhamdulillah!!!

Walaupun aku takde kereta untuk ke sana ke sini.. Sekurang-kurangnya aku ada CIK KCH yang boleh bawa aku ke mana-mana.. Itu lebih baik kalau nak dibandingkan dengan yang berjalan kaki...

Walaupun aku takde sebuah rumah... Sekurang-kurangnya aku ada sebuah bilik yang mampu untuk aku berlindung dari panas hujan dan juga memberikan keselesaan kepada aku seadanya...

Walaupun aku takde income bulan-bulan yang beriban-riban... Sekurang-kurangnya aku ada elaun setiap bulan.. Yang mampu untuk aku menampung kehidupan aku..

Walaupun aku tak sehebat mana... Sekurang-kurangnya aku memiliki tahap pendidikan yang sewajarnya... Aku tak sombong dengan apa yang aku ada.. Dan aku tak cuma berkawan dan bercakap apabila aku memerlukan sesuatu bantuan...

Walaupun aku dah takde ayah.. Sekurang-kurangnya aku masih ada mak.. Yang aku boleh meraih perhatian dan kasih sayang.. Walaupun kadang-kadang akan terasa,"kalau ayah ada kan senang". Mmmmm..... Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.

Walaupun aku tak secantik mana... Sekurang-kurangnya aku sempurna sebagai seorang hamba Allah.. Cukup sifat.. Cukup makan... Alhamdulillah.. 


Walaupun kadang-kadang aku terasa bosan mengadap laptop hari-hari... Sekurang-kurangnya aku ada jugak benda nak buat kan?


Alhamdulillah di atas segala yang aku miliki...



Tiada ulasan: