Time makan tengahari tadi, sampai jer kat KAFE MAK JAH... 1st yang akan dibuat setelah melangkah masuk ke tempat lauk-lauk yang disediakan... Ushar lauk-lauk yang dihidangkan lah.. Tup-tup ternampak ada Cream Puff!!! Nyummy!!! Nyummy!!! Sedapnya rasa.. So apa lagi kan.. Cari plastiklah nak bungkuskan cream puff tue... 6 biji = RM2.. Ouchhh!!! Sungguh terasa tak cukup ok!!! Then, tetiba rasa nak tahu.. Macam mana nak buatnya.. Hehehe.. So, jari aku pun dengan pantas mencari pakcik GOOGLE.. Then, terus search RESIPI CREAM PUFF!!!! Hooyeyy!!!! Banyak jugak rupanya.. Jom review beberapa resipi.. Nanti combine-combinekan.. Dan buat resipi sendiri.. Lalalala.. Selalu memang macam tue pun.. Coa main agak-agak jer berapa banyak.. Malas nak timbang-timbang nie.. Hehehe.. Hentam kromo jerlah hah.. Hehehe... Jom review resepinya.. Nanti boleh cuba buat kan.. Hehehe.. Harapanya menjadilah kan.. Kekeke....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~ RESEPI PERTAMA~
Pastry Choux
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~ RESEPI KEDUA~
Bahan-Bahan:
A
A
- 250g butter
- 500ml air
- Secubit garam
- Secubit gula
- 330g tepung rose (superfine flour)
- 1/2 sudu teh baking powder (ayak sekali dengan tepung)
- 8 biji telur gred A
Cara-Cara Memasak:
- Masak bahan2 A sampai mendidih.
- Masukkan bahan B, gaul cepat2 & tutup api
- Kacau sehingga rata dan lembut
- Sejukkan adunan
- Bila dah sejuk, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul dengan menggunakan mixer.
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel
- Paip di atas dulang pembakar
- Bakar selama 20minit/ sehingga masak kekuningan dengan suhu 160 darjah celsius
Krim Custard
Bahan-bahan:
- 200g gula
- 500ml susu segar
- 100g susu tepung
- 4 biji telur
- 80g tepung jagung
- 30g butter
- Secubit garam
- Pukul telur
- Masukkan kedalam bahan lain dan masak sehingga pekat
- Bancuh tepung jagung dan masukkan kedalam adunan
- Apabila pekat masukkan butter
- Kacau dan tutup api
- Sejukkan semalaman sebelum digunakan.
- Sapu/ pipe kan krim custard ke dalam puff
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~ RESEPI KETIGA~
Cream Puff
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit
Cara membuatnya
1. Ayak tepung dan garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.
2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.
3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.
Inti Kastard
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard
Cara membuatnya
1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.
4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.

~ RESEPI KEEMPAT~
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 100ml air
- 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
- 60g tepung gandum- diayak
- 2 biji telur(100g)
Cara-cara
- Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
- Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
- Masukkan telur, kacau cepat-cepat
- Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
- Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
- Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
- Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
- Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
- Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
- *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

1 ulasan:
Tudung Bawal Plain & Dwi Tone is back..!!
warna & harga yg menarik..
grab it n0w..!!
;)
http://showmeshawlsecrets.blogspot.com/
Catat Ulasan