Cinta itu hadir tanpa diundang…
Perginya pula tanpa direlakan…
Cinta itu satu anugerah yang tiada ternilai..
Sesuatu yang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata…
Kehidupan seorang insan sentiasa dipenuhi rasa cinta..
Cinta buat Yang Esa..
Cinta buat insan yang menjadikan kita mengenal erti kehidupan…
Cinta buat peneman di kala suka dan duka…
Cinta sesuatu yang amat luas untuk diperkatakan..
Cinta adalah sesuatu yang amat sukar untuk ditafsirkan..
Serta dimengertikan..
Kadangkala…
Cinta mampu membuatkan manusia alpa dan lalai dengan kehidupan…
Menjadikan insan yang mampu berfikiran waras menjadi sebaliknya..
Membutakan mata..
Membutakan akal..
Benarkah cinta itu buta???
Cinta itu tidak buta…
Tapi yang mengendalikan cinta itu yang membutakan segalanya…
Cinta itu sesuatu yang suci…
Yang sepatutnya tidak dinodai…
Kadangkala..
Perpisahan yang terjadi membuatkan kita mengerti..
Betapa pentingnya seseorang itu buat kehidupan kita…
Perpisahan menjadikan kita lebih menghargai seseorang seperti yang sepatutnya…
Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan..
Tapi biarlah perpisahan jasad dengan badan yang menjadi titik noktahnya…
Buat putera hatiku…
Ku telah berikan kunci pintu hatiku buat dirimu…
Engkau telah pun membuka pintu hatiku…
Ku benarkan engkau menjelajahi ke seluruh pelusuk hatiku…
Mengikut cara yang disukai…
Ku benarkan hatiku ditawan oleh dirimu…
Dan satu pintaku…
Setelah engkau berjaya berada di dalam hatiku…
Patahkanlah kunci pintu hatiku..
Kerana aku mahu engkau terus bertakhta di hatiku buat selamanya…
Menyemai kasih sayang yang tiada batasnya..
Menyemai benih cinta agar ianya sentiasa mekar indah sepanjang hidupku…
Bukannya untuk engkau melukai hatiku…
Menjadikan kesedihan sebagai peneman hidupku yang mendatang…
Ku inginkan kebahagiaan bersama dirimu…
Dan sentiasa saling melengkapi dan memiliki di antara satu sama lain…
Kerana ianya kenangan yang terindah buat kita berdua…
Tiada apa yang aku dambakan…
Hanya keikhlasan..
Ketulusan…
Dan kejujuran darimu wahai putera hatiku..
Terima kasih putera hatiku…
Kerana sabar dengan kerenahku…
Menjadikan diriku terasa dihargai..
Dicintai..
Dan juga disayangi…
Terima kasih kerana sentiasa menyemai rasa yang wujud di antara kita…
Moga hubungan kita akan sentiasa di hiasi kebahagiaan dan tawa ria…
Buat selamanya..
Selagi badan di kandung tanah…
Sehingga ke hembusan terakhir kita..
InsyaALLAH…
Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang…
Tuhan juga turut ada perancanganNya tersendiri…
Yang pasti, perancangan Tuhan adalah yang lebih baiknya..
Ketentuan Yang Esa yang tiada tandinganNya..








Tiada ulasan:
Catat Ulasan