Sepanjang kehidupan ini…
Kita pasti pernah melakukan kesilapan bukan??
Tak kiralah ianya secara sengaja mahupun tidak..
Secara sedar ataupun sebaliknya…
Tak kisahlah kesilapan ataupun kesalahan itu besar ataupun kecil..
Namun…
Setelah seseorang itu sedar dan bertaubat…
Kita sebagai manusia tiada hak untuk menghukum sesama kita..
Sedangkan ALLAH S.W.T itu MAHA PENGAMPUN…
Inikan kita sebagai hambaNYA yang kerdil..
Kita takda hak untuk mengungkit kesilapan seseorang pada masa lalu..
Lantas menghukumnya..
Sebaliknya kita harus memberikannya peluang seterusnya…
Ataupun dikenali sebagai peluang kedua…
Kadangkala peluang yang kita berikan itu akan menjadikan seseorang itu lebih baik daripada sebelumnya..
InsyaALLAH!!!...
Namun seseorang yang telah mendapat peluang untuk memperbaiki sesuatu kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan..
Haruskan memanfaatkannya sebaik mungkin peluang yang diperolehi..
Dan bukannya mengharapkan peluang yang seterusnya..
Kerana setelah mendapat peluang kedua..
Mustahil untuk kita mendapat peluang seterusnya..
Kerana andai berkali kita mengkhianati kepercayaan yang diberikan..
Maka, sukarlah untuk seseorang terus mempercayai kita…
Memberikan peluang demi peluang…
Sedangkan bukit andai setiap hari diambil batu-batunya..
Akhirnya bukit itu akan gondol…
Sebegitu juga manusia..
Andai sering dikhianti…
Lama-kelamaan..
Kepercayaan akan beransur hilang…
Dan tiada lagi peluang yang mampu diberikan..
Tiada lagi kemaafan…
Dan sebagainya…
So, peluang yang telah kita perolehi..
Haruslah kita lakukan yang terbaik..
Dan manfaatkan sebaik mungkin..
Untuk mendapatkan yang terbaik..
Dan menjadikan kesilapan dan kesalahan yang lalu..
Adalah suatu pengajaran dan pedoman..
Setiap masalah atau kesalahan..
Pasti aka nada puncanya..
Setelah kita tahu apa puncanya…
Tapi penyelesaian yang sepatutnya…
Andai kita mengetahui punca masalah dan seterusnya mencari jalan penyelesaian…
Maka..
InsyaALLAH..
Peluang yang kita perolehi..
Kita akan manfaatkan sepenuhnya…
Dan kehidupan yang lebih baik dan bahagia akan diperolehi…
Tetapi…
Andai setelah kita mengetahui punca masalah..
Dan alasan yang sentiasa kita berikan…
Maka…
Kita tidak akan pernah memanfaatkan peluang yang kita ada..
Cuma umpama melepaskan diri semata…
Dan bukan sebaiknya kita manfaatkan peluang yang kita ada…
Tapi kita tidak akan pernah memperbaiki dan menjadikannya lebih baik..
So fikir-fikirkanlah..
Apa yang kita hendak dalam kehidupan kita…
Kita yang mengatur kehidupan kita..
Bukan kehidupan kita yang mengatur kita..
Terpulang…
Masing-masing dah cukup matang untuk berfikir..
Mana baik dan tidaknya…
Daaaaaaaaa….
Semoga kehidupan akan sentiasa baik dan bermakna dari semasa ke semasa..
InsyaALLAH!!!









Tiada ulasan:
Catat Ulasan