~WeLc♥mE t♥ my pAgE~

YA ALLAH!! Lembutkan kehidupan ini bagi kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah disisiMu...

YA ALLAH!! Mudahkanlah bagi kami segala urusan, tenangkan hati kami dan tubuh badan kami, berikan keselamatan dan kesihatan, pada agama kami dan dunia kami..


YA ALLAH!! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapanMU...

♥♥♥ ...it's simple only..nothing special 'bout my page..just for fun n mybe waste my time..hehehehe...♥♥♥
♥♥♥ ...kepada yang sudi singgah dan follow tue.. thankz ya... sila tinggal jejak anda.. nanti saya jejak semula.. insyaALLAH....♥♥♥

♥♥♥ Tabung Masa Depan.. Tolong Klik Semua Ye? ♥♥♥

Mood nak meng'update' blog mencuak-cuak.. Tapi kan..... Masa sentiasa mencemburui.. Macammana? Sadisssss....
21 Nov 2013

Rabu, 23 Mac 2011

Pesanan Isteri Untuk Suami

sekadar sesuka berkongsi...
memandangkan ramai antara rakan-rakan dah ke alam tersebut..
hehehe...

Pesanan Isteri Untuk Suami
1.  Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang 
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 

2.  Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. 
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di 
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang 
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 

3.  Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri 
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias 
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda. 

4.  Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama 
suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 

5.  Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih 
daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok 
kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan 
macam maharaja. 

6.  Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak 
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk 
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. 
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak 
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan. 

7.  Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. 
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan 
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak! 

8.  Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh 
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan 
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau 
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum 
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma 
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong 
jimatkan perbelanjaan keluarga) 

9.  Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat 
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. 

10.  Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa 
boleh kontrol kentut? 

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main 
wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan 
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. 

12.  Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali 
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, 
sayur dan sebagainya. 

13.  Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan 
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya 
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi 
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan 
perempuan kedekut!). 

14.  Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan 
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul 
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil 
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke? 

15.  Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan 
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. 
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. 

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun 
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi 
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri 
sendiri. 

17.  Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang 
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri 
anda kena bertolak ansur kalau anda buat? 

18.  Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. 
Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya. 

19.  Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian 
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau 
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. 

20.  Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. 
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau 
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan 
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya 
laku bila dah mati nanti. 

21.  Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau 
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang 
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh 
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum 
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang 
perempuan ni mudah sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, 
anda juga yang rugi! 


psssttt:: aku copy jer nie.. wahahaha...

Tiada ulasan: