manusia…
ianya cuma satu perkataan..
namun..
tersirat pelbagai persoalan..
dan sememangnya lumrah manusia yang sukar untuk berasa bersyukur dengan segalanya..
sebagai manusia..
kita seringkali rasa tidak cukup..
rasa tidak bahagia..
rasa sengsara..
kita mengejar segala kemewahan dunia..
tanpa kita sedar..
dunia hanya pentas sementara…
kita berada di dunia ini adalah untuk menuntut ilmu..
ilmu duniawi dan akhirat..
yang mana..
kita disarankan untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad..
ilmu duniawi untuk menjadikan kita mampu menguruskan segalanya..
dan kehidupan duniawi yang sejahtera…
namun itu tak bermaksud kita tidak perlu ingat kepada akhirat..
dengan ilmu yang adalah…
kita perlu beramal untuk bekalan perjalanan di akhirat kelak…
malahan..
akhlak kita juga memainkan peranan yang penting..
ini kerana…
akhlak adalah jiwa dan peribadi …
yang mana ianya akan membawa kita menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti…
sebagai manusia…
pernahkah kita merenung apa yang kita miliki..
mensyukuri apa yang kita miliki..
apa yang dikurniakan buat kita..
sejak kita dilahirkan..
Alhamdulillah..
kita mempunyai kesihatan yang baik..
keamanan di dalam Negara..
yang mana..
kita masih bebas bergerak ke mana-mana..
dan kita masih bebas untuk buat apa yang kita suka..
makanan dan pakaian yang kita ada mencukupi..
malah berlebihan pula..
air dan udara yang ALLAH S.W.T kurniakan buat kita tanpa henti..
dengan semua ini, kita manusia…
sebenarnya telah menguasai kenikmatan dunia..
namun..
kita tidak merasakannya bukan???
kita dapat hidup..
namun..
kita masih tidak menyedarinya..
kita juga memiliki anggota badan yang sempurna..
dua mata, lidah dan bibir..
dua tangan dan juga dua kaki..
pernahkah kita terfikir..
dan bersyukur dengan apa yang kita miliki itu..
andai kata kaki kita disimen ataupun dipotong..
mudahkah kita untuk berjalan..
dan mahukah….
sekiranya kaki kita ditukarkan dengan emas permata yang banyak???
semestinya tidak mahu bukan..
ini telah membuktikan bahawa kita manusia berada dalam kenikmatan yang berlimpah..
dan anugerah yang banyak..
namun kita masih tak menyedari itu…
kita lebih gemar untuk memikirkan nikmat yang tidak kita miliki..
dan kita juga sebenarnya enggan untuk mensyukuri nikmat yang sedia ada..
dan kita akan bersedih dengan kerugian harta benda yang dialami..
sedangkan kita masih mempunyai kunci kebahagiaan dengan apa yang kita miliki..
maka dengan itu..
sukarkah sebagai manusia..
untuk mensyukuri apa yang telah dimiliki..
kenapa kita perlu memikirkan apa yang tidak pasti..
sepatutnya kita memelihara dan menjaga apa yang kita miliki bukan..
jangan setelah kita kehilangan..
baru kita tersedar..
bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebaiknya..
dan jagalah ia dengan sebaiknya..
yang hilang..
InsyaALLAH..
akan tumbuh ganti..
namun..
samakah ia dengan sebelumnya???
sedarlah wahai manusia..
jangan terlalu lalai dengan kehidupan dunia..
mensyukurilah segala yang kita ada..
dan tak perlulah kita mencari sesuatu yang lebih baik..
daripada apa yang kita rasa sudah terbaik buat kita..
hargailah seadanya…
bukannya sukar untuk kita menghargai apa yang kita ada???
segalanya terpulang atas diri kita..
Wallahualam..










Tiada ulasan:
Catat Ulasan