Urhmmm…
Sukarkah untuk kita hargai apa yang kita ada seadanya…
Menghargai apa yang kita miliki sepenuhnya…
Hah…
Ada satu kisah yang mungkin dapat di kongsikan bersama…
Untuk direnungkan..
Serta difikirkan…
Ni diceritakan oleh incik sayang..
Hehe…
Adalah seorang budak nie…
Cikgunya suruh dia berjalan di padang yang menghijau….
Dan cikgu tersebut menyuruhnya mengambil satu rumput yang paling cantik di sepanjang perjalanannya di padang tersebut…
Tapi…
Dengan syarat….
Andaikata rumput itu telah terlepas…
Dia tidak boleh berpatah balik..
Dengan itu, budak tersebut pun menurut lah apa yang dikatakan oleh cikgunya itu…
Apabila dia telah terjumpa rumput yang cantik…
Dia tidak mengambilnya…
Kerana…
Baginya..
Mungkin di hadapan…
Ada rumput yang lebih cantik…
Sehinggalah akhirnya..
Tiada satu pun rumput yang di ambilnya…
Apabila cikgunya bertanya..
Manakah rumput yang menjadi pilihannya..
Dia menjawab takde..
Lebih kurang macam g2 lah ceritanya itu..
Maaf ye incik sayang if ada yang terkurang or tertambahnya..
Hehehe…
Urhmm…
Daripada cerita itu..
Apa yang dapat disimpulkan ialah…
Kita tidaklah boleh mengharapkan apa yang tidak pasti…
Dan melepaskan apa yang telah berada di depan mata kita…
ataupun..
melepaskan apa yang telah kita temui…
Ini kerana..
Sesuatu yang telah kita lepaskan..
Belum tentu..
Kita kan dapat memilikinya kemudiannya…
Seharusnya kita hendaklah menghargai apa yang kita ada seadanya…
Sebagai manusia biasa…
Sudah pasti..
Kita tidak sempurna sepenuhnya…
Ada kelebihan dan kekurangan…
Maka…
Kita harus menerima seseorang itu seadanya…
Menerima kelebihannya…
Dan juga kekurangannya..
Serta menjadikan kekurangan itu…
Suatu kelebihan buat diri kita serta dirinya…
Hehe…
PANDANGLAH KECANTIKAN HANYA SUATU KEINDAHAN…
YANG BUKAN UNTUK DIAGUNG-AGUNGKAN…..
BEGITU JUGA JANGANLAH MEMANDANG KEBURUKAN SUATU KEHODOHAN ATAU KECELAAN…..
BERSYUKURLAH ATAS APA YANG DIKURNIAKAN KEPADA KITA….
KERANA KEDUA-DUANYA ADALAH ANUGERAH TUHAN....










Tiada ulasan:
Catat Ulasan